Mentafsir Maklumat dan Membuat Keputusan


MENTAFSIRKAN MAKLUMAT DAN MEMBUAT KESIMPULAN 
Oleh: Nurul Zahidah Ab Khalid

Pentafsiran maklumat merupakan penjelasan terhadap sesuatu objek,fenomena atau pola yang perlu dibuat secara rasional dan berdasarkan maklumat yang dikumpul.Antara tujuan mentafsir maklumat ialah bagi mengenalpasti pola atau corak yang terdapat berdasarkan maklumat yang diperoleh.Selain itu,pentafsiran maklumat juga dibuat bagi mengaitkan hubungan antara maklumat yang dikumpulkan seterusnya membuat kesimpulan berdasarkan maklumat yang dikumpul.Perkara ini jelas membuktikan bahawa pentafsiran maklumat amat penting bagi membelehkan seseorang membuat kesimpulan bagi sesuatu perkara.Akhir sekali,maklumat ditafsir bagi mencari maksud tersirat dan tersurat di sebalik maklumat yang dikumpul bagi .Dalam membuat tafsiran,terdapat beberapa prinsip asas yang perlu dititikberatkan iaitu memastikan maklumat seimbang dalam memberikan pendapat,pentafsiran tersebut tidak mengetepikan humanistik dan mempunyai data yang holistik.Prinsip-prinsip ini diwujudkan bagi menghasilkan pentafsiran maklumat yang berkualiti serta padat.

Peta buih di bawah menunjukkan ciri-ciri pentafsiran maklumat untuk membuat tafsiran terhadap maklumat yang dikumpul.Melalui ciri-ciri tersebut,pelajar dapat membuat pentafsiran maklumat dengan tersusun serta bermanfaat.

Bukan itu sahaja,malah pentafsiran maklumat juga mempunyai cara yang tersendiri bagi menghasilkannya.Pentafsiran maklumat dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu mentafsir teks dan mentafsir bahan bukan teks.Pertama sekali,mentafsir teks.Mentafsir teks bertujuan untuk menentukan konsep tertentu bagi mendapatkan maklumat yang berguna dan boleh digunakan semula sebagai bahan penulisan atau kajian.Tafsiran jenis ini melibatkan pengalaman sendiri serta pengetahuan mengenai teks-teks yang lain.Namun begitu,cara untuk mentafsir teks ini ialah tafsiran mestilah berasaskan teks itu sendiri iaitu dengan meneliti semua maklumat untuk mencari perkaitan tema.Perkara ini dilakukan agar pelajar dapat mengumpulkan maklumat dari pelbagai bahan teks dibawah tema yang sama.Selain itu,proses mentafsir dan menganalisis juga perlu dilaksanakan bagi mendapatkan maklumat daripada teks dan mengenalpasti maklumat berbentuk fakta atau andaian.Bagi mentafsir kandungan pula,teks akan dikodkan atau diasingkan ke dalam kategori yang boleh diurus dengan teratur.Cara yang terakhir ialah mencari perkaitan maklumat serta menghuraikan maksud oenting yang terdapat dalam teks.Di samping itu,cara bagi mentafsir bahan bukan teks pula adalah dengan memasukkn carta,ilustrasi,jadual,grafik,peta,gambar atau elemen bukan teks lain ke dalam kertas penyelidikan supaya ianya menjadi lebih jelas.

Dalam pada tu,terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan sebelum atau semasa mentafsir maklumat iaitu:

Akhir sekali ialah membuat kesimpulan.Kesimpulan perlulah dibuat setelah selesai menganalisis maklumat dengan melakukan penaakulan induktif.Kesimpulan merujuk kepada penyelesaian kepada persoalan kajian.Beberapa ciri kesimpulan yang baik ialah:

Comments

Popular posts from this blog

Menganalisis Maklumat yang Dikumpul

Mensintesiskan Maklumat untuk Menghasilkan Bahan Bertulis