Menganalisis Maklumat yang Dikumpul
MENGANALISIS MAKLUMAT YANG DIKUMPUL
Oleh: Nur Izzah Aimi Mohd Yussof
Proses menganalisis maklumat yang dikumpulkan
adalah bertujuan mencadangkan kesimpulan dan membandingkan fakta. Proses
tersebut dapat meningkatkan pemahaman seseorang terutamanya semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Penganalisan maklumat melibatkan pemeriksaan
dengan cara yang mendedahkan hubungan,corak,trend dan lain-lain yang dapat dijumpai
dalam sesuatu maklumat. Tujuannya adalah untuk mendapatkan penilaian yang tepat
supaya suatu penulisan dapat difahami dengan lebih baik dan dilihat
keberkesanan terhadap pemahaman orang lain. Bentuk maklumat dapat dikategorikan
kepada dua jenis,iaitu maklumat kuantitatif dan maklumat kualitatif.
Maklumat
kuantitatif merupakan maklumat berbentuk nombor
yang boleh dianalisis. Terdapat beberapa contoh maklumat kauntitatif iaitu:
Data
kuantitatif biasanya tertakluk kepada prosedur statistik seperti mengira purata
min, purata bilangan peristiwa atau tingkah laku. Terdapat beberapa contoh
maklumat kuantitatif diperoleh daripada beberapa kaedah seperti berikut :
Maklumat
kualitatif pula dikenali sebagai maklumat deskriptif iaitu data bukan
berangka yang diperolehi melalui temu bual dengan respoden atau dokumen data
yang dianalisis berbentuk teks, lakaran, rajah dan sebagainya. Data kualitatif
kadangkala boleh diubah menjadi nombor serta penganalisisan ini dapat dilakukan
melalui kaedah yang bergantung kepada pendapat, pengetahuan, anggapan dan
kesimpulan.
Seterusnya,
pemikiran kritikal merupakan keupayaan untuk menganalisis maklumat secara
objektif dan membuat keputusan yang wajar. Pemikiran kritis pula melibatkan
penilaian sumber seperti data, fakta, fenemona dan sebagainya yang dapat
dilihat serta dapat membuat keputusan yang wajar. Antara perkara yang dapat
dilakukan umtuk menganalisis secara kritis ialah dengan menilai bahan-bahan sesuai
dan terkini serta menilai bukti atau contoh yang digunakan, menimbang pendapat
atau hujah terhadap kriteria yang sesuai, berfikir di atas landasan, menyemak
andaian yang tersembunyi dan bukti atau hujah yang menyokong kesimpulan. Seseorang
yang mempunyai kemahiran berfikir secara kritis mempunyai keupayaan yang
tersendiri iaitu:
Akhir sekali ialah
langkah-langkah menganalisis maklumat. Terdapat 6 langkah untuk menganalisis
maklumat iaitu yang pertama ialah dengan menetapkan matlamat yang mudah
difahami dan ringkas agar hanya dapat memfokuskan kepada pengumpulan data yang
relevan. Yang kedua pula ialah dengan menetapkan keutamaan untuk pengukuran
dengan menentukan apa yang perlu diukur dan memilih cara pengukuran yang betul.
Seterusnya, mengumpulkan data dengan cara yang lebih teratur serta membersihkan
data yang merujuk kepada aktiviti meminda atau mengalihkan data yang salah
dan tidak relevan. Yang kelima ialah dengan menganalisis data untuk
mengenal pasti ciri-ciri maklumat yang berbeza menggunakan beberapa kaedah
seperti statistik deskriptif dan pengvisualan data. Akhir sekali ialah tafsiran
keputusan iaitu dengan mentafsir data yang dapat membantu dalam menjawab
soalan asal.
Comments
Post a Comment